Sekiranya anda sekeluarga berkunjung ke
Melaka dan perlukan tempat tinggal sementara bagi semalam dua, Seri Duyong Homestay ini adalah pilihan terbaik bagi anda sekeluarga. Pasti anda selesa dan gembira tinggal disini. Kami tawarkan sebuah rumah baru yg cantik, luas dan selesa untuk didiami sepanjang lawatan anda ke negeri Melaka Warisan Budaya Dunia ini. Melaka yang sememangnya terkenal dengan pelbagai sejarah warisan bangsa memang tidak jemu untuk dikunjungi. Terdapat pelbagai lokasi menarik yang mempunyai
nilai sejarah, nilai rekreasi untuk seisi keluarga berehat dan berlibur mahupun lokasi-lokasi bernilai dari segi kebudayaan, tamaddun dan juga komersil. Kami mengalu-alukan kedatangan para pengunjung semua ke ke negeri Melaka ini dan berharap anda semua akan gembira di sini. Anda boleh lihat serba sedikit tentang info pelancongan yang terdapat di negeri Melaka dengan pergi ke
link ini.
Kami tawarkan sebuah homestay yang lengkap dengan kemudahan asas bagi seisi keluarga. Dengan 4 buah bilik tersusun cantik, perabut-perabut baru untuk anda gunakan kami yakin insyaAllah anda akan selesa tinggal di sini. Kenderaan anda boleh di parking di dalam rumah bagi keselamatan harta benda anda selama anda tinggal disini. Ruang tepi rumah yang agak luas membolehkan anak-anak kecil anda bermain.
Ruang Tamu juga luas dan dilengkapi dengan alatan perabut moden bagi keselesaan anda sekeluarga. Dan untuk menaikkan mood anda di malam hari anda boleh nyalakan "lampu neon" berwarna biru. Sungguh cantek dan mendamaikan. Cuba lah bertandang ke homestay kami ini, insyaAllah anda akan berpuashati dan sangat berbaloi dengan nilai wang ringgit anda. Ramai pengunjung yang telah berkali-kali singgah ke sini. Mereka sangat berpuas hati dan gembira di sini...alhamdullilah!
Ruang Makan terletak ditengah rumah, luas dan selesa untuk anda sekeluarga menjamu selera disini. Meja makan diletakkan ditepi tingkap besar mendamaikan perasaan anda.
Kami juga membenarkan para pengunjung untuk memasak makanan mereka sendiri. Kelengkapan memasak memang lengkap dari dapur memasak sehinggalah kepada alatan2 memasak yang lain seperti rice cooker, pemanas air, peti ais dan lain-lain. Washing machine baru juga disediakan untuk pengunjung yang tinggal agak lama disini bagi mencuci pakaian masing-masing.
SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN 012-205 8954 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN!
|
Seri Duyong Homestay, Melaka.
|
items are from 26 Mar 2012.