Showing posts with label kedai makan. Show all posts
Showing posts with label kedai makan. Show all posts

Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai, Melaka! Mesti Singgah!

medan ikan bakar ini terletak di pekan Umbai, 20-30 minit perjalanan dari bandar Melaka.

anda boleh baca info di batu peringatan ini, serba sedikit info tentang medan ikan bakar ini...
terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka di depan Medan Ikan Bakar...






sebenarnya banyak photo2 menarik dan info tentang Melaka yang telah aku ambil tetapi masih belom ada kelapangan untuk dimasukkan dalam portal ini.. insyaAllah aku akan kemaskinikan dari masa ke semasa.

sementara itu para pengunjung/ pembaca yang planning untuk datang ke Melaka dan masih lagi tercari2 tempat tinggal yang selesa untuk seisi keluarga, di sini disertakan senarai pendek homestay/ chalet/ resort yang cantek2 dan murah2 untuk anda kunjungi

kalau anda dari bandar Melaka tidak jauh sangat untuk ke sini ambil masa dalam 20 minit sahaja. jalan yang anda perlu anda ambil adalah jalan utama ke Muar, Johor. di sepanjang jalan arah ke Merlimau terdapat banyak homestay yang diusahakan oleh penduduk tempatan. klik di sini untuk info HOMESTAY!

dan bagi yang berminat memancing terdapat 2 kelong ikan yang anda mesti singgah. Kelong Abu di Pulai, Melaka yang baru-baru ini menjadi pilihan pihak media TV3, TV2 dan akhbar tempatan serta ADUN Serkam, Datuk Ghazalie adakan liputan dan aktiviti2 setempat. (ada beberapa photo yang sempat diambil tempoh hari,akan kami masukkan dalam portal ini bila kelapangan). Ramai kaki pancing tegar seluruh negara telah singgah di Kelong Abu ini, so sememangnya kami rekomen anda untuk singgah di sini!

dan terdapat sebuah lagi kelong ikan dan kupang yang terletak di Sebatu, Melaka (arah ke Muar, Johor) yang  mendapat jolokan "Fishing Paradise"Selat Melaka! Tidak kurang hebatnya dan ramai yang datang ke sini akan datang lagi, berpuas hati dengan perkhidmatan yang pengusaha berikan kepada para pengunjung.

sekiranya anda berminat dengan sejarah Melaka, kawasan ini sememangnya pilihan terbaek anda kerana terdapat 3 kesan/ tapak sejarah yang popular di sini seperti Makam Tun TejaPerigi Portugis dan Rumah Tradisional Mad Natar. Sekiranya anda anda ingin ke Pulau Besar, Melaka anda boleh menyewa bot dari Jeti Anjung Batu ke sana. 


sumber: manakedai.net


SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN 012-205 8954 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN!

Roti John Melaka

 Roti John @ Pantai Puteri Melaka 

Sekarang Han nak cerita & share tentang salah satu tempat roti john sedap kat Melaka. Kalau koang rasa mengidam, silalah ke Pantai Puteri aka Pantai Kundur, ada satu kedai ni namanya Berkat Roti John (kat tepi pantai). 

Roti John merupakan salah satu makanan kegemaran masyarakat pelbagai kaum di Melaka. Roti John sangat popular dan terkenal di Melaka. Ramai pelancong tempatan dan luar negara gemar menikmati keenakan Roti John di Melaka.

Selain rasanya yang sangat lazat, Roti John juga sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja dari kanak2 sehinggalah orang dewasa. Roti John diperbuat daripada sejenis roti yang berbentuk panjang, bahagian dalam roti akan disaluti Sardin, tuna atau daging kisar campuran telur ayam dan bawang. 

Di Melaka, Roti John biasanya dihidangkan untuk makan malam atau makan lewat malammm, bukannya untuk sarapan pagi seperti di negeri-negeri lain. 

Kini, Roti John boleh didapati dimana-mana sahaja. Sekiranya anda ke Melaka, jangan lupa untuk mencuba kelazatan Roti John Barkat di Pantai Puteri.

 Roti John die mmg sedap.. leh dicicah2 dengan  sos  lagi....makan panas-panas  sedap...!


 Kat sini ada juga jual  ayam golek .. yummy2..!

 Signboard Restoran Barkat Roti John...


Cubalah... ! :') 

@gotomelaka.blogspot.com





SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN 012-205 8954 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN!

Sarapan RM2, Makan Tengah Hari RM4 di Melaka

Sebanyak 46 buah restoran dan kedai makan di negeri ini telah menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej makanan dengan harga maksimum RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Melaka, Muhabir Ibrahim berkata, daerah Melaka Tengah mencatatkan penyertaan tertinggi dalam program tersebut iaitu sebanyak 30 restoran/kedai makan, diikuti Jasin 8 buah dan 8 di Alor Gajah.

Penyertaan untuk Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah terbuka kepada peniaga-peniaga warung makan, kedai makan, kafetaria, dan restoran.

Tempoh perlaksanaa program adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan di mana setiap peserta perlu menyediakan senarai menu dan harga setiap set sarapan  pagi iaitu serendah RM2 dan set makanan tengah hari serendah RM4.

Penyertaan juga adalah percuma dan pihak PPDNKK Melaka akan membantu mempromosikan premis perniagaan setiap peserta melalui portal rasmi PPDNKK Melaka serta Facebook PPDNKK Melaka, banting Program Menu Rakyat 1Malaysia turut diberikan secara percuma kepada peserta program.

Contoh set Menu Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari...
                                                                                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                                                gotomelaka.blogspot.com
Nama dan alamat premis peserta Program Menu Rakyat 1Malaysia di Negeri Melaka adalah seperti berikut:-

1. LAILI MESRA CATERING – Batu 4 ½, Jalan Gudang Beras, Batu Berendam.

2. CHE LAH USOP – Gerai No.1, Medan Selera Bukit Beruang.

3. RESTORAN SEDAP MESRA – No.25, Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak.

4. NUR NR ENTERPRISE – Lot 379, Batu 3, Jalan Malim.

5. PESONA DELI CAFETERIA – Gerai R1&R2 Gerai R&R Masjid Al-Alami MITC.

6. KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN NOOR AL-BANJARI – No.49, Jalan Kampung Hulu.

7. RESTORAN SITI MUNIRA – No.29, Jalan Rambai Jaya 2, Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai.

8. WARUNG SAL & ZARA – Taman Tanjung Minyak Jaya, Bukit Rambai.

9. RESTORAN KHALIFAH – Giant Supermaket, Lot F 07&09, Jalan TTC 9, Taman Teknologi Cheng.

10. RESTORAN BERKAT – No.2, Plaza Pandan Malim, Jalan PPM 11, Malim.

11. UMMIE TWO CLASSIC ENTERPRISE – No.6, Jalan Rambai Jaya 14, Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak.

12. RESTORAN NADIA JZ – No.5-7, Jalan TU3, Taman Tasek Utama.

13. WARUNG MY – Air Leleh, Jalan Air Leleh, No.1 Terminal Kenderaan Berat Gangsa, Durian Tunggal.

14. RESTORAN NUR ILHAM – No.26, Jalan TMS 8, Taman Tanjung Minyak Setia.

15. RESTORAN ALI OSMAN – FSU 5, Pekan Sungai Udang.

16. RESTORAN SERI EMBUN – Jalan PSU 1, Plaza Sungai Udang.

17. KMZAJAI ENTERPRISE – Gerai MBMB, Plaza Sungai Udang.

18. PLOT 2 – Gerai Bangunan R&R, G2 Terminal Kenderaan Berat.

19. AYUB BISTRO – No.43&45, Jalan KF3, Kota Fesyen MITC.

20.  MRZ PROMA (Restoran Tebu Kelapa) -  No.86, Jalan Pengaga, Taman Merdeka.

21. RESTORAN AYANG – C8, Rumah Pangsa Bachang Permai, Jalan Tun Fatimah,

22. MESRA RIA MAJU – No.24, Lorong 1, Jalan BBU 1/6, Taman Bukit Beruang Utama.

23. NASI KERABU CITARASA PANTAI TIMUR – No.5, Medan Selera MPHTJ, Taman Merdeka Jaya.

24. NASI KANDAR PADANG KOTA – G-15, Jalan Cheng Perdana, 1/1A, Taman Desa Cheng Perdana 1.


Manakala bagi Daerah Jasin :-

1. RESTORAN HAJJAH ZALEHA – No. MB 2931, Jalan MU 1, Taman Merlimau Utara.

2. AKASAMU BAR – No. JB 7015, Jalan Jasin, Taman Mewah, Merlimau.

3. GERAI MAKAN & MINUMAN SAMION – Gerai No.13, Merlimau Point, Jalan Jasin, Merlimau.

4. GERAI NO.7 – Rasa Perisa Food Court (Belakang Family Stor Jasin).

5. ZABEDAH HITAM - Batu 14 ½, Jalan Jasin, Merlimau.

6. SAJIAN ETON – Serkam Pulai.

7. ROZIAH MAT – No.15, Merlimau Point, Jalan Jasin-Merlimau.

8. KEDAI MAKANAN & MINUMAN WAK MAN – J 1827, Bandar Baru Jasin 3, Jasin.


Bagi Daerah Alor Gajah :-

1. RESTORAN KAK LONG – PS 1050, Jalan Perhentian Bas Pulau Sebang.

2. RESTORAN RAFA – No.2337, Jalan Besar, Alor Gajah.

3. CT WAY ENTERPRISE RESTORAN – 7C, Taman Dimensi 15, Alor Gajah.

4. Y&Z CAFÉ – Batu 13, Kampung Sungai Petai

5. RAMBUTAN CONER – Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan, Jalan Lesung Batu, Alor Gajah.


Dan banyak lagi…!

Sampai Melaka jangan lupa singgah homestay kami! Murah dan dijamin anda selesa serta berbaloi!


@gotomelaka.blogspot.com




SILA HUBUNGI HOTLINE KAMI DI TALIAN 012-205 8954 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN!